Program Klik Dengan Bijak – Online Grooming

28 Februari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 28 Januari 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) telah melaksanakan Program Klik Dengan Bijak iaitu Online Grooming dengan kerjasama dari PEDi Batu Gong, PEDi Engkilili dan PEDi Melugu secara atas talian di Facebook Page rasmi PEDi Lubok Antu menggunakan aplikasi Streamyard. Program ini berlangsung dari pukul 3.00 petang hingga 4.00 petang.

Tujuan program ini diadakan adalah bagi menerapkan kesedaran kepada masyarakat terhadap isu pengantunan kanak-kanak. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan taktik dan cara memilih mangsa yang biasa digunakan oleh pemangsa. Peserta juga dijelaskan dengan tanda-tanda yang terdapat pada kanak-kanak yang menjadi mangsa pengantunan dan contoh perbuatan pengantunan atas talian.

Di sampung itu, peserta telah diterangkan dengan jenayah sexting dan kesannya terhadap mangsa. Ibu bapa atau penjaga juga dijelaskan dengan peranan dan tindakan yang perlu diambil bagi mencegah masalah pengantunan kanak-kanak.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:
1. Pengenalan kepada online grooming
2. Menerangkan taktik yang digunakan oleh pemangsa
3. Mendedahkan peranan ibu bapa dan penjaga
4. Menjelaskan tanda-tanda awal mangsa pengantunan atas talian
5. Menunjukkan contoh perbuatan pengantunan kank-kanak
6. Menyatakan kesan sexting terhadap mangsa

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali