Kelas Microsoft Office – Words dan Advokasi
21 Februari 2022 | Aktiviti TerkiniPada 20 Februari 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan kelas Microsoft Office iaitu Words dan advokasi. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memantapkan kemahiran penggunaan Microsoft Words dan mendidik peserta tentang keselamatan penggunaan internet.
Kelas ini merupakan kesinambungan daripada kelas yang telah diadakan pada minggu lepas. Dalam kelas ini, peserta kelas telah diterangkan dengan Topik 2 iaitu cara untuk membuka dokumen, menyunting teks/dokumen, memilih teks dan menyimpan dokumen yang telah diedit. Peserta turut diajar tentang Topik 3 iaitu cara menambah paragraph baru, menambah ayat, pembetulan salah eja, mencari dan mengganti ayat dan menghapus teks.
Dalam Topik 4, peserta kelas diajar tentang cara untuk mengalih teks, memotong dan menampal teks, mengheret dan melepas teks, memformat teks, membentuk senarai berbulet serta drop cap. Beliau juga diminta untuk membuat latihan berkaitan dengan topik yang telah dipelajari.
Di samping itu, peserta kelas turut dididik dengan advokasi bertajuk maklumat palsu dimana beliau telah diterangkan tentang maksud, jenis-jenis, mitos, contoh dan kesan penyebaran maklumat yang tidak tepat. Beliau juga dikehendaki untuk memeriksa kesahihan sesebuah maklumat dalam media sosial melalui laman sesawang Sebenarnya.my.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: