Program Kursus Pengendali Makanan Batch 1

20 Februari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Februari 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu dengan kerjasama NZ Bunga Venture telah mengadakan Kursus Pengendali Makanan Batch 1 dengan menjemput penduduk yang terdapat di sekitar kawasan Melugu secara online menggunakan Zoom Meeting. Program ini turut bekerjsama dengan PEDi Alur Limbat, Terengganu dan PEDi Lubok Antu, Sarawak. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran tentang kepentingan penyediaan makanan yang bersih dan selamat kepada semua pengendali makanan di sektor perkhidmatan dan industri makanan.

Kursus ini merangkumi 4 seksyen iaitu pengenalan, kebersihan makanan, keselamatan makanan dan factor-faktor kritikal keracunan makanan. Bagi Seksyen 1 iaitu pengenalan, peserta kursus telah diterangkan mengenai syarat kursus, kuasa perundangan dan kepentingan kebersihan dan keselamatan makanan.

Bagi Seksyen 2, peserta diterangkan mengenai kebersihan makanan, kesihatan diri, penampilan fizikal, cara berpakaian, amalan baik dan buruk pengendali makanan, langkah-langkah yang betul untuk mencuci tangan, ciri-ciri peralatan yang bersih dan sempurna, amalan pencucian serta ciri-ciri premis yang bersih. Dalam Seksyen 3, pihak NZ Bunga Venture telah menerangkan tentang ciri-ciri pemilihan bahan mentah dan kering yang betul, jenis-jenis penyimpanan bahan mentah, cara pengendalian bahan mentah, penyahbekuan, penyimpanan makanan selepas masak, pembungkusan makanan, penghidangan makanan dan pengangkutan makanan.

Dalam Seksyen 4 pula, peserta telah dididik tentang faktor-faktor kritikal keracunan makanan dan mengetahui tindakan yang patut diambil untuk mengawal faktor-faktor kritikal keracunan makanan. Selain itu, peserta juga dikehendaki untuk menjawab kuiz yang disediakan dalam Google Form dan tangkap layar (screenshot) markah yang diperoleh.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali