Kelas Microsoft Office – Words dan Advokasi

14 Februari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Februari 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan kelas Microsoft Office iaitu Words dan advokasi. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memantapkan kemahiran penggunaan Microsoft Words dan mendidik peserta tentang keselamatan penggunaan internet.

Dalam kelas ini, seorang belia yang merupakan peserta kelas telah diminta untuk membuka Word di menu Start di skrin komputer. Kemudian, beliau diterangkan mengenai Topik 1 iaitu tentang alatan-alatan dan fungsi setiap alatan yang terdapat dalam Microsoft Office Words. Alatan-alatan ini melibatkan bar menu, bar alatan standard, bar pemformatan, pembaris dan kawasan teks. Setiap alatan ini mengandungi fungsi yang berbeza mengikut kesesuaian penggunaan Microsoft Office Words. Peserta turut diminta untuk membuat latihan bagi menguji pemahamannya dalam penggunaan Microsoft Office Words.

Selain itu, peserta juga didedahkan dengan advokasi bertajuk panggilan palsu dimana beliau diingatkan untuk mengenalpasti dan tindakan yang harus diambil sekiranya menerima panggilan palsu daripada orang yang tidak dikenali. Peserta turut diminta untuk mengesahkan kesahihan sesebuah berita di media sosial melalui laman sesawang Sebenarnya.my.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali