Program Pendidikan Literasi Fungsian (PLF) PEDi Melugu bersama staff KEMAS Sri Aman

17 Mac 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Mac 2022 iaitu pada waktu petang, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan Program Pendidikan Literasi Fungsian bersama staff dari KEMAS Sri Aman dengan menjemput penduduk yang terdapat di sekitar kawasan Melugu. Program ini diadakan bertujuan untuk membantu peserta yang menghadapi masalah untuk menulis, membaca dan mengira.

Kelas ini merupakan kesinambungan daripada kelas PLF yang telah diadakan pada masa lepas. Dalam kelas ini, peserta diminta untuk membuat latihan-latihan berkaitan perkataan keluarga seperti nenek, datuk, bapa, kakak, adik dan abang yang terdapat dalam buku aktiviti peserta. Cikgu Dayang Sofiah turut meminta peserta untuk menyiapkan tugasan seterusnya dalam buku aktiviti mereka di rumah

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali