Kelas Microsoft Office – Words dan Advokasi
14 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniPada 13 Mac 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan kelas Microsoft Office iaitu Words dan advokasi. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memantapkan kemahiran penggunaan Microsoft Words dan mendidik peserta tentang keselamatan penggunaan internet.
Kelas ini merupakan kesinambungan daripada kelas yang telah diadakan pada masa lepas. Dalam kelas ini, peserta kelas telah diterangkan dengan Topik 6 iaitu cara untuk membentuk rangka table secara menu, membentuk rangka table secara ikon, memaparkan garisan table secara menu, memaparkan garisan table secara ikon dan mencipta formula.
Selain itu, peserta juga diajar tentang Topik 7 iaitu cara mewujudkan dan menyunting header dan footer, memasukkan nombor halaman (page numbering) dan membuat perhentian tab. Dalam kelas ini juga peserta diajar mengenai Topik 8 iaitu bagaimana cara untuk memasukkan grafik, memformat grafik dan memasukkan WordArt. Peserta dikehendaki membuat latihan bagi setiap topik yang telah dipelajari.
Di samping itu, peserta kelas turut dididik dengan advokasi bertajuk terlebih kongsi dimana beliau diterangkan dengan maksud terlebih kongsi, maklumat yang tidak harus dikongsi, risiko yang akan dihadapi sekiranya terlebih kongsi dan langkah menangani sikap terlebih kongsi. Peserta turut digalakkan untuk memeriksa kesahihan sesebuah maklumat di media sosial dengan melayari laman sesawang Sebenarnya.my dan memeriksa peralatan elektronik yang dimiliki melalui aplikasi Check Your Label
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: