Program Pendidikan Kemahiran Jahitan (PKJ) PEDi Melugu bersama staff KEMAS Sri Aman
12 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniPada 11 Mac 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu dengan kerjasama daripada bahagian kemahiran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Sri Aman telah mengadakan mesyuarat dengan menjemput penduduk di sekitar PEDi Melugu. Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk mendaftarkan peserta yang akan mengikuti kelas kemahiran serta menjelaskan tentang aktiviti-aktiviti yang akan diadakan sepanjang tahun 2022.
Kelas kemahiran ini akan dijalankan setiap hari Jumaat pada pukul 9.00 pagi jika tiada perubahan jadual pada saat akhir. Cikgu Melini anak Jawa yang merupakan tenaga pengajar bagi kelas ini telah meminta para peserta untuk menyediakan bahan-bahan untuk menjahit langsir eyelid seperti kain langsir sebanyak 2 meter, pita pengeras 1 ½ meter saiz 4 inci, gunting sulam dan ring 8 buah
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: