Program Sempena Hari Krismas Tahun 2022

18 Disember 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Disember 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan sebuah program sempena sambutan Hari Krismas bagi tahun 2022. Program ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan penggunaan asas ICT dan menerangkan maksud sambutan Hari Krismas kepada para peserta.

Dalam program ini, para peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah telah didedahkan dengan pengenalan tentang Hari Krismas dan sejarah sambutan Hari Krismas.

Selain itu, para peserta program juga dikehendaki untuk menjawab kuiz berkaitan Hari Krismas di Quizziz.com. Markah akan dipaparkan setelah setiap peserta menjawab kesemua soalan yang diutarakan. Peserta program ini turut diminta untuk mewarna hiasan pokok Krismas secara dalam talian menggunakan laman web coloritbynumbers.com dimana mereka mewarna setiap bahagian bernombor menggunakan warna yang dikhaskan untuk nombor tersebut.

Tambahan pula, peserta telah diminta untuk menghasilkan kraftangan bertemakan Krismas iaitu topi Santa Claus dan Santa Roly-Poly menggunakan bahan-bahan yang telah disediakan oleh staf PEDi. Mereka menghasilkan kraftangan-kraftangan tersebut langkah demi langkah berpandukan video di Youtube.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali