Kempen PUPUK@Shopee 2022 – Kelas Dalam Talian (Masterclass Pemasaran: Cara Memasarkan Produk Anda dengan Strategik)
10 Disember 2022 | Aktiviti TerkiniPada 9 Disember 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah menyertai Kempen PUPUK@Shopee – Kelas Dalam Talian (Masterclass Pemasaran: Cara Memasarkan Produk Anda dengan Strategik. Program ini diadakan adalah bertujuan untuk mengajar penjual cara memasarkan produk mereka secara strategik di Shopee menggunakan alat penjual di Pusat Penjual dan mengajar penjual cara memaksimumkan keterlihatan produk/kedai melalui Kempen Shopee dan iklan Shopee.
Dalam latihan atas talian yang menggunakan platform aplikasi livestrom ini, peserta telah diterangkan dengan maksud Marketing Centre dan komponen yang ada di Marketing Centre, maksud Acara Shopee dan cara ia berfungsi serta cara untuk mengakses Acara Shopee.
Selain itu, peserta program ini juga telah diterangkan tentang Shopee Ads dan cara mengoptimumkan Enjin Carian (SEO). Program diakhiri dengan sesi soal jawab oleh pihak Shopee dan para peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: