Program Pendidikan Literasi Fungsian (PLF) PEDi Melugu bersama staff KEMAS Sri Aman

7 April 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 6 April 2022 iaitu pada waktu petang, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan Program Pendidikan Literasi Fungsian bersama staff dari KEMAS Sri Aman dengan menjemput penduduk yang terdapat di sekitar kawasan Melugu. Program ini diadakan bertujuan untuk membantu peserta yang menghadapi masalah untuk menulis, membaca dan mengira.

Kelas ini merupakan kesinambungan daripada kelas PLF yang telah diadakan pada masa lepas. Dalam kelas ini, peserta diminta untuk membuat latihan-latihan berkaitan huruf-huruf dari A hingga Z seperti huruf kecil dan huruf besar, membulatkan huruf-huruf vocal serta menulis huruf kecil dan besar melalui carta/gambar. Peserta juga dikehendaki untuk menyiapkan latihan berkaitan suaipadan huruf besar/kecil dengan gambar dan menuliskan huruf yang tertinggal di tempat kosong di rumah masing-masing

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali