Kelas Microsoft Office – Words dan Advokasi

4 April 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 3 April 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan kelas Microsoft Office iaitu Words dan advokasi. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memantapkan kemahiran penggunaan alatan dalam Microsoft Words dan mendidik peserta tentang keselamatan penggunaan internet.

Kelas ini merupakan kesinambungan daripada kelas yang telah diadakan pada masa lepas. Dalam kelas ini, peserta kelas telah mengulangkaji tentang Topik 8 iaitu memasukkan grafik untuk menambahkan lagi penampilan dokumen yang telah ditaip. Peserta turut belajar mengenai Topik 9 iaitu mail merge dimana peserta dikehendaki untuk menaip isi kandungan surat seperti yang terdapat dalam buku panduan. Peserta juga diminta untuk membuka alatan MailMerge dan mengikuti setiap langkah yang terdapat dalam buku panduan untuk menghantar e-mail kepada para penerima. Peserta diminta untuk menyiapkan latihan yang telah disediakan.

Di samping itu, peserta kelas turut dididik dengan advokasi bertajuk teknologi dan anda dimana beliau dijelaskan tentang ciri-ciri warganegara digital yang baik, kepentingan internet, pemberi perkhidmatan utama di Malaysia, cara untuk mengakses internetdan halangan liputan. Peserta turut digalakkan untuk memeriksa kesahihan sesebuah maklumat di media sosial dengan melayari laman sesawang Sebenarnya.my dan memeriksa peralatan elektronik yang dimiliki melalui aplikasi Check Your Label

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali