Kelas Microsoft Office – Powerpoint dan Advokasi

11 April 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 10 April 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan kelas Microsoft Office iaitu Powerpoint dan advokasi. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memantapkan kemahiran penggunaan alatan dalam Microsoft Powerpoint dan mendidik peserta tentang keselamatan penggunaan internet.

Dalam kelas ini, peserta telah mempelajari tentang Microsoft Powerpoint yang kerap digunakan dalam persembahan yang terdiri daripada teks, imej, grafik, animasi, audio, video atau carta. Peserta diterangkan dengan Topik 1 iaitu kaedah memulakan Microsoft Powerpoint, elemen-elemen penting dalam Microsoft Powerpoint dan Powerpoint views. Selain itu, peserta juga belajar tentang Topik 2 iaitu cara mencipta persembahan baru, menyimpan persembahan yang telah dibina, cara membuka dan menutup fail. Beliau dikehendaki untuk menyiapkan latihan berdasarkan buku panduan yang diberikan.

Di samping itu, peserta kelas turut dididik dengan advokasi bertajuk ketagihan internet iaitu maksud, jenis, kesan dan tindakan yang perlu diambil untuk mencegah sifat ketagihan internet. Peserta turut digalakkan untuk memeriksa kesahihan sesebuah maklumat di media sosial dengan melayari laman sesawang Sebenarnya.my dan memeriksa peralatan elektronik yang dimiliki melalui aplikasi Check Your Label

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali