Program Kursus Kemahiran Jangka Pendek (KKJP) – Pelbagai Frozen Food, Pembungkusan dan Pelabelan (Hari Kedua)

9 November 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 8 November 2022, staff Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah menyertai KKJP – pelbagai frozen food, pembungkusan dan pelabelan bertempat di Bilik Serbaguna KOMTA Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Sri Aman. Kursus ini diadakan bertujuan untuk memberi bimbingan dan kemahiran melalui latihan kemahiran jangka pendek untuk membolehkan peserta-peserta memperluas dan mempertingkatkan lagi pengetahuan serta menggalakkan peserta menjalankan perniagaan dengan menggunakan kemahiran yang telah diperolehi secara perseorangan atau berkumpulan bagi tujuan menambah pendapatan.

Pada hari kedua kursus, peserta yang telah dibahagi kepada kumpulan masing-masing dikehendaki untuk membuat makanan beku mengikut arahan daripada Pn. Daramata’siah binti Jidi. Kumpulan 1 dikehendaki membuat smoke chicken grill, Kumpulan 2 membuat sardine roll manakala Kumpulan 3 membuat pau shisuka. Setelah setiap kumpulan menyelesaikan tugasan masing-masing, mereka diminta untuk membungkus dan melabel makanan tersebut mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Kursus ini diakhiri dengan ucapan penutupan oleh Pn. Marinda Steward Thaim dan sesi penyampaian sijil kepada para peserta

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali