Program Kursus Kemahiran Jangka Pendek (KKJP) – Pelbagai Frozen Food, Pembungkusan dan Pelabelan (Hari Pertama)

8 November 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 7 November 2022, staff Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah dijemput untuk menyertai KKJP – pelbagai frozen food, pembungkusan dan pelabelan bertempat di Bilik Serbaguna KOMTA Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Sri Aman. Kursus ini diadakan bertujuan untuk memberi bimbingan dan kemahiran melalui latihan kemahiran jangka pendek untuk membolehkan peserta-peserta memperluas dan mempertingkatkan lagi pengetahuan serta menggalakkan peserta menjalankan perniagaan dengan menggunakan kemahiran yang telah diperolehi secara perseorangan atau berkumpulan bagi tujuan menambah pendapatan.

Pada hari pertama kursus ini, peserta telah diberi taklimat kursus oleh tenaga pengajar iaitu Pn. Daramata’siah binti Jidi. Seterusnya, Pn. Marinda Steward Thaim selaku Pegawai KEMAS bagi daerah Sri Aman dan Lubok Antu telah memberi ucapan aluan dan merasmikan kursus ini. Peserta kemudian dibahagi kepada 3 kumpulan dimana setiap kumpulan terdiri daripada 5 orang ahli yang mempunyai peranan masing-masing. Pihak KEMAS telah menyediakan bahan-bahan masakan mengikut keperluan dan sukatan bagi memudahkan setiap kumpulan menghasilkan makanan beku mengikut pembahagian kumpulan. Kumpulan 1 dikehendaki untuk membuat risoles popia cheese, Kumpulan 2 membuat nugget jejari ayam spicy manakala Kumpulan 3 membuat cucur badak

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali