Kelas Microsoft Office – Words & Advokasi

29 Mei 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 28 Mei 2021, Pusat Internet Komuniti Melugu telah mengadakan Kelas Microsoft Office – Words & advokasi. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memantapkan kemahiran pelajar menggunakan Microsoft Office Words dan mendidik mereka mengenai advokasi. Dalam kelas ini, peserta kelas telah mengulangkaji mengenai Topik 7 iaitu cara memasukkan header dan footer sebagai kesinambungan daripada kelas yang telah disertai pada masa lepas. Peserta juga diajar cara untuk memasukkan watermark, page color dan page borders dalam teks yang telah siap ditaip. Mereka telah diminta untuk membuat latihan pemantapan Topik 7.

Selain itu, peserta turut didedahkan dengan advokasi keselamatan komputer dimana mereka ditekankan tentang kepentingan melindungi komputer atau gajet mereka. Mereka juga diminta untuk mencipta kata laluan yang selamat dan kukuh bagi melindungi gajet mereka daripada digodam oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Peserta kelas diterangkan cara untuk memeriksa kesahihan keselamatan alatan-alatan elektronik yang digunakan dengan menggunakan aplikasi Check Your Label.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali