Kelas Microsoft Office – Words & Advokasi

23 Mei 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Mei 2021, Pusat Internet Komuniti Melugu telah mengadakan Kelas Microsoft Office – Words & advokasi. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memantapkan kemahiran pelajar menggunakan Microsoft Office Words dan mendidik mereka mengenai keselamatan penggunaan internet. Dalam kelas ini, peserta diajar tentang Topik 5 iaitu belajar cara membuat newspaper columns menggunakan ikon column, membentuk column menggunakan menu format, memasukkan border di peranggan menggunakan ikon borders dan memasukkan borders menggunakan menu format.

Mereka juga diberi masa untuk membuat latihan yang berkaitan dengan topik berkenaan. Selain itu, mereka juga diajar mengenai Topik 6 iaitu cara untuk memasukkan table ke dalam words. Mereka diterangkan cara untuk membentuk rangka table secara ikon dan mamaparkan garisan table secara menu. Peserta turut dididik dengan advokasi maklumat palsu dimana mereka telah diterangkan tentang maksud maklumat palsu, jenis-jenis maklumat tidak tepat dan kesan yang akan berlaku sekiranya maklumat palsu tersebar. Mereka diingatkan supaya sentiasa menyemak kesahihan sesebuah berita yang terdapat dalam media massa sebelum menyebarkannya kepada orang lain dengan melayari laman web Sebenarnya.my.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali