Kelas Microsoft Office – Words & Advokasi

22 Mei 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Mei 2021 iaitu pada waktu petang, Pusat Internet Komuniti Melugu telah mengadakan Kelas Microsoft Office – Words & advokasi. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memantapkan kemahiran pelajar menggunakan Microsoft Office Words dan mendidik mereka mengenai advokasi. Dalam kelas ini, peserta kelas telah mengulangkaji mengenai Topik 9 iaitu mail merge dimana mereka diajar cara untuk menaip surat rasmi/tidak rasmi dan seterusnya menghantar surat yang standard kepada semua penerima dari pangkalan data.

Peserta turut digalakkan untuk membuat latihan tentang Topik 9 untuk menguji pemahaman mereka. Selain itu, peserta turut dididik dengan advokasi online grooming dimana mereka didedahkan dengan tujuan, ciri-ciri dan cara untuk mencegah diri daripada menjadi mangsa pengantunan. Mereka turut digalakkan untuk memeriksa kesahihan maklumat di media massa dengan melayari laman web Sebenarnya.my.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali