Kelas Microsoft Office – Words & Advokasi

21 Mei 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Mei 2021 iaitu pada waktu petang, Pusat Internet Komuniti Melugu telah mengadakan Kelas Microsoft Office – Words & advokasi. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memantapkan kemahiran pelajar menggunakan Microsoft Office Words dan mendidik mereka mengenai advokasi. Dalam kelas ini, peserta kelas telah mengulangkaji mengenai Topik 8 iaitu cara memasukkan grafik sebagai kesinambungan daripada kelas yang telah disertai pada masa lepas. Mereka telah diminta untuk membuat latihan pemantapan Topik 8.

Para peserta kelas juga telah diterangkan mengenai Topik 9 iaitu mail merge dimana mereka diajar cara untuk menaip surat rasmi/tidak rasmi dan seterusnya menghantar surat yang standard kepada semua penerima dari pangkalan data. Selain itu, peserta turut dididik dengan advokasi kawal selia kendiri dimana mereka ditekankan tentang kepentingan untuk memerhati dan menilai perkara-perkara yang hendak dikongsi dalam media sosial agar tidak mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri pada masa hadapan. Mereka juga didedahkan dengan tips-tips mengenai kawal selia kendiri.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali