Kelas Microsoft Office – Word & Advokasi
21 Mei 2021 | Aktiviti TerkiniPada 20 Mei 2021 iaitu pada waktu pagi, Pusat Internet Komuniti Melugu telah mengadakan Kelas Microsoft Office – Word & advokasi. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memantapkan kemahiran pelajar menggunakan Microsoft Office Word dan mendidik mereka mengenai keselamatan penggunaan internet. Dalam kelas ini, peserta diajar tentang Topik 1 iaitu pengenalan kepada Words. Dalam topik ini, peserta diajar cara untuk memula Word, mengenali skrin Word seperti Bar tajuk, Bar menu, bar alatan standard, bar pemformatan, pembaris dan kawasan teks, memasukkan teks, menaip dan menyimpan dokumen.
Mereka turut diajar mengenai Topik 2 iaitu cara untuk menyunting teks/dokumen dan memilih teks. Peserta juga diminta untuk membuat latihan bagi memantapkan pemahaman mereka mengenai penggunaan alatan-alatan dalam Word. Dalam kelas ini juga para peserta kelas turut dididik dengan panggilan palsu dimana mereka diterangkan mengenai maksud, ciri-ciri dan langkah yang perlu diambil sekiranya menerima panggilan palsu daripada orang yang tidak dikenali. Selain itu, mereka juga diminta untuk menyemak kesahihan sesebuah peralatan eletronik menggunakan aplikasi Check Your Label. Mereka digalakkan untuk memeriksa kebenaran tentang sesebuah berita di media massa dengan melayari laman web Sebenarnya.my.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: