Program Speak Like A Champ – Online Course

14 Mac 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Mac 2021 yang lalu, Pusat Internet Komuniti Melugu beserta 3 orang ahli PIK Melugu telah mengikuti Program Speak Like A Champ melalui aplikasi Zoom. Program ini bertujuan untuk mendedahkan peserta dengan kemahiran komunikasi dan asas-asas Youtube. Program ini telah dianjurkan oleh Young Thought dengan kerjasama Terengganu Inc yang mensasarkan penyertaan golongan remaja berusia antara 12 hingga 20 tahun.

Dalam program ini, peserta didedahkan tentang cara-cara menyampaikan pengucapan awam secara berkesan oleh penganjur program iaitu Cik Zulaikha dan Cik Zafeerah. Peserta juga diterangkan mengenai asas-asas yang perlu diterapkan dalam kandungan Youtube untuk membuat video mereka lebih menarik dan berkesan. Selain itu, terdapat 2 orang speaker jemputan yang turut menyertai program ini iaitu Dr Balachandran Gopal Krisnan dan Dato’ Aliyah Karen yang berkongsi pendapat mereka mengenai topik ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali