Kuiz Microsoft Office Powerpoint – Topik 2

11 September 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 10 September 2021, Pusat Internet Komuniti Melugu telah mengadakan kuiz Microsoft Office Powerpoint secara dalam talian menggunakan aplikasi Quizziz. Kuiz ini bertujuan untuk menguji kefahaman peserta mengenai Microsoft Powerpoint yang telah dipelajari dalam kelas-kelas sebelum ini. Aplikasi Quizziz merupakan aplikasi percuma yang digunakan dalam pendidikan yang bersifat interaktif yang boleh dimainkan menggunakan komputer, tablet atau telefon pintar. Kuiz yang telah disediakan juga dapat dikongsi dengan sesiapa sahaja tanpa perlu mendaftar akaun untuk menjawab kuiz berkenaan. Dalam kuiz ini, terdapat 10 soalan yang mengkehendaki peserta untuk menjawab soalan dalam bentuk objektif. Peserta diwajibkan untuk menjawab semua soalan dan markah akan dipaparkan setelah mereka menyelesaikan tugasan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali