Kelas Microsoft Office - Powerpoint & Advokasi

22 Mac 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Mac 2021, Pusat Internet Komuniti Melugu telah mengadakan kelas Microsoft Office iaitu Powerpoint dan advokasi. Kelas ini diadakan bertujuan untuk melatih pelajar menggunakan Microsoft Office Powerpoint dan mendidik mereka mengenai advokasi. Dalam kelas ini, pelajar mempelajari Topik 3 iaitu pengurusan persembahan Microsoft Powerpoint. Mereka diajar cara untuk mencipta persembahan baru, menambah slide, kaedah mendua (duplicate) slide, delete atau buang slide dan menambah elemen teks ke dalam slide.

Selain itu, mereka juga belajar mengenai Topik 4 iaitu mengenali elemen design, grafik, audio dan video. Peserta turut diminta untuk membuat latihan bagi setip topik yang telah diterangkan. Pelajar juga didedahkan dengan Klik Dengan Bijak iaitu sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri dalam membendung masalah penyalahgunaan internet dalam kalangan masyarakat. Peserta dididik dengan maklumat palsu dimana mereka diingatkan supaya sentiasa memeriksa kesahihan sesebuah maklumat yang diterima dengan melayari laman web Sebenarnya.my dan tidak menyebarkan berita atau maklumat palsu.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali