Kelas Microsoft Office – Powerpoint & Advokasi
21 Mac 2021 | Aktiviti TerkiniPada 20 Mac 2021, Pusat Internet Komuniti Melugu telah mengadakan Kelas Microsoft Office –Powerpoint & advokasi. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memperkenal dan memantapkan kemahiran pelajar menggunakan Microsoft Office Powerpoint serta mendidik mereka mengenai keselamatan penggunaan internet. Dalam kelas ini, pelajar diajar mengenai Topik 1 iaitu pengenalan kepada Microsoft Office Powerpoint, kaedah memulakan Powerpoint dan mengenali elemen-elemen dalam Powerpoint. Selain itu, mereka juga diajar mengenai Topik 2 iaitu cara untuk menyelia dokumen dalam Powerpoint.
Topik ini merangkumi cara untuk mencipta persembahan baru, menyimpan atau save persembahan yang telah dibina, kaedah atau cara membuka fail dan kaedah atau cara untuk menutup fail. Mereka diminta untuk membuat latihan yang telah disediakan. Tambahan pula, peserta juga dididik dengan advokasi online grooming dimana mereka diterangkan tentang maksud online grooming, proses dan cara untuk mengelakkan anak-anak daripada menjadi mangsa online grooming. Mereka turut digalakkan untuk memeriksa kesahihan maklumat yang dibaca di media massa dengan melayari laman sesawang Sebenarnya.my.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: