Kuiz Microsoft Office Powerpoint

23 Ogos 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Ogos 2021, Pusat Internet Komuniti Melugu dengan kerjasama Pusat Internet Komuniti Bengoh telah mengadakan kuiz Microsoft Office Powerpoint secara dalam talian menggunakan aplikasi Wordwall.net. Kuiz ini bertujuan untuk menguji kefahaman peserta mengenai Microsoft Powerpoint yang telah dipelajari dalam kelas-kelas sebelum ini. Dalam kuiz ini, terdapat 10 soalan yang mengkehendaki peserta untuk menjawab soalan dalam bentuk objektif. Peserta diwajibkan untuk menjawab semua soalan dan markah akan dipaparkan setelah mereka menyelesaikan tugasan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali