Program Pendidikan Literasi Fungsian (PLF) PEDi Melugu bersama staff KEMAS Sri Aman
26 November 2021 | Aktiviti TerkiniPada 25 November 2021 iaitu pada waktu petang, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan Program Pendidikan Literasi bersama staff dari Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Sri Aman dengan menjemput penduduk yang terdapat di sekitar kawasan Melugu. Program diadakan bertujuan untuk membantu peserta yang menghadapi masalah untuk menulis, membaca dan mengira. Kelas ini merupakan kesinambungan dari kelas yang telah diadakan dimana peserta masih mempelajari tentang huruf-huruf asas seperti huruf A – Z. Mereka diminta untuk mengeja dan menyebut perkataan yang dipaparkan di kertas mahjong. Selain itu, Cikgu Dayang juga telah menyediakan kertas untuk mengeja kepada para peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: