Program Pendidikan Literasi Fungsian (PLF) PEDi Melugu bersama staff KEMAS Sri Aman

19 November 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 18 November 2021 iaitu pada waktu petang, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan Program Pendidikan Literasi bersama staff dari KEMAS Sri Aman dengan menjemput penduduk yang terdapat di sekitar kawasan Melugu. Program ini diadakan bertujuan untuk membantu peserta yang menghadapi masalah untuk menulis, membaca dan mengira. Dalam kelas ini, peserta mempelajari tentang huruf-huruf asas seperti huruf A – Z. Mereka juga diminta untuk menulis huruf-huruf yang disebut oleh Cikgu Dayang di atas kertas. Selain itu, peserta juga diminta untuk mengeja dan menyebut perkataan yang telah ditulis oleh mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali