Kuiz Advokasi – Terlebih Kongsi Membahayakan Diri

26 November 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 25 November 2021, Pusat Ekonomi Digital Melugu telah mengadakan kuiz advokasi secara dalam talian menggunakan aplikasi Wordwall.net. Kuiz ini bertujuan untuk mendidik peserta mengenai sifat terlebih kongsi maklumat yang boleh membahayakan diri. Wordwall.net merupakan aplikasi yang digunakan untuk mencipta aktiviti berinteraktif dan boleh dicetak. Aplikasi ini mempunyai pelbagai jenis template seperti klasik, hutan, ruang angkasa, rancangan TV dan pelbagai lagi yang menyeronokkan bagi para peserta. Peserta akan dikehendaki untuk mendaftar nama dan seterusnya menjawab soalan kuiz dalam tempoh masa yang diperuntukkan bagi setiap soalan. Markah akan dipaparkan setelah peserta kuiz menjawab setiap soalan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali