Kuiz Advokasi – Terlebih Kongsi

19 Ogos 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Ogos 2021, Pusat Internet Komuniti Melugu dengan kerjasama Pusat Internet Komuniti Bengoh telah mengadakan kuiz advokasi secara dalam talian menggunakan aplikasi Google Form. Kuiz ini diadakan bertujuan untuk mendidik peserta mengenai bahaya terlebih kongsi. Google Form merupakan suatu bentuk aplikasi yang digunakan untuk mengumpul dan menyusun data samada secara besar atau kecil. Google Form terdiri daripada pelbagai jenis soalan, boleh memasukkan gambar, video dan seksyen serta dapat menarik dan melepas seksyen soalan. Dalam kuiz ini, peserta dikehendaki untuk mendaftar butiran diri untuk mengetahui jumlah reponden yang telah menjawab kuiz ini. Peserta diwajibkan untuk menjawab kesemua soalan berkaitan terlebih kongsi dan markah akan dipaparkan selepas peserta menghantar jawapan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali