Kuiz Microsoft Office Excel – Topik 3

14 November 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 13 November 2021, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan kuiz Microsoft Office Excel secara dalam talian menggunakan aplikasi Quizziz.com. Kuiz ini bertujuan untuk menguji kefahaman dan kemahiran peserta mengenai Microsoft Office Excel. Aplikasi Quizziz merupakan aplikasi percuma yang digunakan dalam pendidikan yang bersifat interaktif yang boleh dimainkan menggunakan komputer, tablet atau telefon pintar. Kuiz yang telah disediakan juga dapat dikongsi dengan sesiapa sahaja tanpa perlu mendaftar akaun untuk menjawab kuiz berkenaan. Dalam kuiz ini, peserta yang telah mendaftar nama dikehendaki untuk menjawab 10 soalan dalam bentuk objektif. Peserta diwajibkan untuk menjawab semua soalan berkaitan dengan “cell” dan column. Markah akan dipaparkan setelah mereka selesai menjawab kesemua soalan yang dipaparkan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali