Kelas Microsoft Office – Excel & Advokasi

20 Mac 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Mac 2021, Pusat Internet Komuniti Melugu telah mengadakan Kelas Microsoft Office – Excel & advokasi. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memantapkan kemahiran pelajar menggunakan Microsoft Office Excel dan mendidik mereka mengenai keselamatan penggunaan internet. Dalam kelas ini, pelajar diajar tentang Topik 8 iaitu cara untuk menapis rekod menggunakan Autofilter untuk mendapatkan senarai yang diingini daripada keseluruhan data.

Mereka diminta membuat latihan pemahaman selepas topik berkenaan. Selain itu, mereka turut diajar mengenai Topik 9 iaitu cara untuk mencetak helaian kerja menggunakan mesin pencetak. Tambahan pula, peserta juga didedahkan dengan Klik Dengan Bijak iaitu keselamatan komputer dimana mereka ditekankan tentang kepentingan memelihara integriti maklumat dan cara untuk melindungi komputer daripada serangan virus atau malware. Mereka turut digalakkan untuk memeriksa kesahihan berita di media massa dengan melayari laman sesawang Sebenarnya.my untuk mengelakkan diri daripada menyebarkan berita yang tidak benar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali