Kelas Microsoft Office – Excel & Advokasi

15 Mac 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Mac 2021, Pusat Internet Komuniti Melugu telah mengadakan Kelas Microsoft Office – Excel dan advokasi. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memantapkan kemahiran pelajar menggunakan Microsoft Office Excel dan mendidik mereka mengenai keselamatan penggunaan internet. Dalam kelas ini, peserta kelas mempelajari Topik 6 iaitu analisis statistik yang melibatkan penggunaan bilangan (count), jumlah (sum), min (average), sisihan piawai (standard deviation), jumlah minimum dan maksim dalam data.

Selain itu, mereka juga diterangkan mengenai Topik 7 iaitu menyediakan carta yang melibatkan 4 langkah iaitu memilih jenis carta, menentukan sumber data, memilih option carta dan menentukan lokasi carta. Peserta diminta untuk membuat latihan bagi setiap topik yang telah diterangkan. Selain itu, peserta kelas juga telah diterangkan mengenai advokasi penipuan kewangan yang merupakan aktiviti dimana peralatan komputer atau rangkaian digunakan sebagai mediuam untuk melakukan jenayah yang melibatkan kerugian wang ringgit. Mereka juga diingatkan supaya tidak menjadi mangsa penipuan kewangan dengan mengelakkan diri mengklik pautan yang mencurigakan serta tidak tertipu dengan tawaran yang lumayan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali