Kuiz Advokasi – Check Your Label & Sebenarnya.my

22 Disember 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Disember 2021, Pusat Internet Komuniti Melugu telah mengadakan kuiz advokasi secara dalam talian menggunakan aplikasi Google Form. Kuiz ini diadakan bertujuan untuk mendidik peserta mengenai kepentingan memeriksa label elektronik dan kesahihan sesebuah berita di media massa. Google Form merupakan suatu bentuk aplikasi yang digunakan untuk mengumpul dan menyusun data samada secara besar atau kecil. Google Form terdiri daripada pelbagai jenis soalan, boleh memasukkan gambar, video dan seksyen serta dapat menarik dan melepas seksyen soalan. Dalam kuiz ini, peserta dikehendaki untuk mendaftar butiran diri untuk mengetahui jumlah responden yang telah menjawab kuiz ini. Peserta diwajibkan untuk menjawab kesemua soalan berkaitan Check Your Label dan Sebenarnya.my. Markah para peserta akan dipaparkan selepas mereka selesai menjawab semua soalan yang dinyatakan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali