Kelas Basic ICT – Windows & Advokasi
20 Februari 2021 | Aktiviti TerkiniPada 19 Februari 2021, Pusat Internet Komuniti Melugu telah mengadakan Kelas Basic ICT dan Advokasi. Kelas ini diadakan bertujuan untuk menerangkan konsep asas tentang komputer dan memberikan takrifan perkakasan komputer serta untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan peserta mengenai penggunaan internet yang berhemah.
Dalam kelas ini, peserta mengulangkaji tentang takrifan komputer dan jenis-jenis perisian yang kerap digunakan seperti sistem pengoperasian iaitu Windows dan pemproses dokumen iaitu Microsoft. Peserta diterangkan bahawa terdapat 3 Windows yang digunakan pada masa kini iaitu Windows 7, 8 dan 10 yang mempunyai perbezaan dalam sistem operasi. Mereka ditunjukkan cara-cara untuk memeriksa sistem pengoperasian yang terdapat dalam komputer masing-masing.
Peserta juga dididik mengenai advokasi iaitu panggilan palsu dimana mereka telah diterangkan tentang maksud panggilan palsu, ciri-ciri, dan langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya menerima panggilan palsu daripada nombor atau orang yang tidak dikenali. Mereka turut diajar cara untuk memeriksa kesahihan sesebuah peralatan elektronik yang digunakan melalui aplikasi Check Your Label. Selain itu, peserta turut diingatkan untuk memeriksa kesahihan sesebuah berita yang diterima di laman sosial dengan melayari laman web Sebenarnya.my.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: