Kelas PC Hardwares – PC Parts & Components & Advokasi

20 Februari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Februari 2021, Pusat Internet Komuniti Melugu turut mengadakan kelas Pc hardwares iaitu pc parts & components. Kelas ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan peserta mengenai komponen-komponen yang terdapat dalam sesebuah komputer serta untuk mendidik mereka dengan advokasi.

Dalam kelas ini, peserta diperkenalkan dengan komponen-komponen komputer seperti monitor, tetikus, keyboard, skrin dan lain-lain lagi. Mereka turut diterangkan mengenai kegunaan setiap komponen komputer berkenaan.

Selain itu, peserta turut dididik dengan online grooming yang sering menyasarkan golongan pelajar untuk melakukan perbuatan mengikut kehendak pemangsa. Mereka diingatkan supaya melaporkan perbuatan online grooming kepada ibubapa atau pihak berkuasa. Peserta juga diajar cara untuk memeriksa kesahihan peralatan elektronik masing-masing melalui aplikasi Check Your Lebel. Mereka dinasihatkan supaya mengesahkan sesebuah berita samaada palsu atau benar melalui laman web Sebenarnya.my.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali