Kelas Multimedia – Grafik dan Advokasi

25 Februari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Februari 2021, Pusat Internet Komuniti Melugu telah mengadakan kelas Multimedia - grafik iaitu Canva.com dan advokasi. Kelas Canva.com ini diadakan bertujuan untuk menggalakkan minat peserta membuat grafik menggunakan laman web grafik. Peserta juga turut dididik dengan keselamatan penggunaan internet dan media sosial.

Dalam kelas ini, peserta telah diminta untuk membuka laman web Canva.com dan menyambung semula latihan yang telah dilakukan pada masa lepas sehingga selesai.

Selain itu, peserta turut didedahkan dengan advokasi bertajuk jenayah siber dimana mereka diingatkan supaya tidak tertarik dengan tawaran-tawaran menarik yang tidak diketahui asal-usul yang diiklankan di media massa. Mereka turut digalakkan untuk memeriksa kesahihan sesebuah berita melalui laman sesawang Sebenarnya.my.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali