Kelas Multimedia – Grafik dan Advokasi
22 Februari 2021 | Aktiviti TerkiniPada 21 Februari 2021, Pusat Internet Komuniti Melugu telah mengadakan kelas Multimedia - grafik iaitu Canva.com dan advokasi. Kelas Canva.com ini diadakan bertujuan untuk menggalakkan minat peserta membuat grafik menggunakan laman web grafik. Peserta juga turut dididik dengan keselamatan penggunaan internet dan media sosial.
Dalam kelas ini, peserta telah diminta untuk membuka laman web Canva.com dan memilih template poster untuk mencipta poster berkaitan dengan Covid-19. Peserta digalakkan untuk menggunakan kreativiti masing-masing untuk mencipta poster yang menarik.
Selain itu, peserta turut didedahkan dengan advokasi bertajuk identiti palsu dimana mereka diingatkan supaya tidak melayan atau membalas komen orang yang tidak dikenali di laman sosial.
Tambahan pula, para peserta kelas turut diterangkan dengan Check Your Label dimana mereka digalakkan untuk memastikan bahawa peralatan elektronik yang dibeli mempunyai label MCMC/SKMM sebagai pengesahan bahawa alat-alat tersebut telah diperakui mengikut standarad-standard yang ditetapkan. Mereka digalakkan untuk memeriksa kesahihan sesebuah berita melalui laman sesawang Sebenarnya.my.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: