Kelas Microsoft Office – Excel & Advokasi
21 Februari 2021 | Aktiviti TerkiniPada 20 Februari 2020, Pusat Internet Melugu telah mengadakan Kelas Microsoft Office – Excel & advokasi. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan dan memantapkan kemahiran pelajar menggunakan Microsoft Office Excel serta mendidik mereka mengenai keselamatan penggunaan internet.
Dalam kelas ini, pelajar diajar tentang Topik 1 iaitu cara untuk memula Excel, mengetahui istilah-istilah penting dalam Excel, mengenali skrin Excel, mengetahui kategori data Excel dan memasukkan data. Mereka turut diajar mengenai Topik 2 iaitu cara menggunakan Autofill seperti insert dan delete coloumns. Selain itu, mereka juga belajar mengenai Topik 3 iaitu memformat helaian kerja dimana mereka diminta untuk memberi tajuk helaian kerja, menambah baris, menambah field baru, menyesuaikan lebar kolum dan menjajarkan teks dan data. Mereka diminta untuk membuat latihan bagi setiap topik yang telah diajar.
Selain itu, para peserta kelas telah diterangkan dengan Check Your Label dimana mereka digalakkan untuk memastikan bahawa peralatan elektronik yang dibeli mempunyai label MCMC/SKMM sebagai pengesahan bahawa alat-alat tersebut telah diperakui mengikut standarad-standard yang ditetapkan. Peserta turut dididik mengenai ketagihan internet dimana mereka diingatkan supaya sentiasa mengamalkan kawalan kendiri semasa melayari internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: