Kelas Website – Social Media & Advokasi

23 Januari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Januari 2021, Pusat Internet Komuniti Melugu telah mengadakan kelas website iaitu social media dan advokasi. Kelas ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan peserta dengan media sosial dan mendidik mereka dengan advokasi.

Dalam kelas ini,mereka telah diajar dan belajar tentang maksud dan bentuk media sosial yang kerap digunakan pada masa kini seperti blog, Facebook, whatsapp, Instagram dan twitter. Mereka turut diterangkan dengan cara-cara untuk melayari media sosial dengan cara yang selamat melalui kelas klik dengan bijak.

Selain itu, para peserta turut didedahkan dengan slide Check Your Label dimana mereka digalakkan untuk memastikan bahawa peralatan elektronik yang dibeli mempunyai label MCMC/SKMM sebagai pengesahan bahawa alat-alat tersebut telah diperakui mengikut standarad-standard yang ditetapkan dan selamat untuk digunakan dalam jangka masa yang panjang.

Peserta juga dididik dengan advokasi bertajuk maklumat palsu dimana mereka digalakkan untuk memeriksa kesahihan sesebuah maklumat yang diterima dengan melayari laman sesawang Sebenarnya.my.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali