Kelas Multimedia – Grafik dan Advokasi

18 Januari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Januari 2021, Pusat Internet Komuniti Melugu telah mengadakan kelas Multimedia - grafik iaitu Canva.com dan advokasi. Kelas Canva.com ini diadakan bertujuan untuk menggalakkan minat peserta membuat grafik menggunakan laman web grafik. Peserta juga turut dididik dengan keselamatan penggunaan internet dan media sosial.

Dalam kelas ini, peserta telah diminta untuk membuka laman web Canva.com dan memilih template kad ucapan dimana mereka akan membuat sebuah kad ucapan Tahun Baharu Cina. Mereka digalakkan untuk memilih corak kad yang diminati dan mengedit mengikut kreativiti masing-masing.

Selain itu, peserta turut didedahkan dengan advokasi bertajuk buli siber yang merupakan perbuatan mengancam, memalukan atau menakutkan seseorang melalui medium elektronik seperti mesej teks (SMS), chatting, e-mel atau permainan internet. Mereka diingatkan supaya tidak menghantar mesej mengganggu/mengancam, memuat naik komen yang tidak baik atau memanjangkan video/foto yang tidak senonoh kepada orang lain.

Tambahan pula, para peserta kelas turut diterangkan dengan Check Your Label dimana mereka digalakkan untuk memastikan bahawa peralatan elektronik yang dibeli mempunyai label MCMC/SKMM sebagai pengesahan bahawa alat-alat tersebut telah diperakui mengikut standarad-standard yang ditetapkan. Mereka digalakkan untuk memeriksa kesahihan sesebuah berita melalui laman sesawang Sebenarnya.my.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali