Kelas Microsoft Office – Words dan Advokasi

17 Januari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Januari 2021, Pusat Internet Komuniti Melugu telah mengadakan kelas Microsoft Office iaitu Words dan advokasi. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memantapkan kemahiran penggunaan Microsoft Words dalam kalangan peserta dan mendedahkan mereka dengan advokasi.

Dalam kelas ini, peserta yang hadir telah diminta untuk membuka Word di menu Start di skrin komputer. Kemudian, mereka diterangkan mengenai alatan-alatan dan fungsi setiap alatan yang terdapat dalam Microsoft Office Words. Alatan-alatan ini melibatkan bar menu, bar alatan standard, bar pemformatan, pembaris dan kawasan teks. Setiap alatan ini mengandungi fungsi yang berbeza mengikut kesesuaian pengguna Microsoft Office Words. Peserta turut diminta untuk membuat sedikit latihan untuk menguji pemahaman mereka dalam penggunaan Microsoft Office Words.

Selain itu, peserta juga didedahkan dengan advokasi bertajuk bijak menggunakan internet dimana mereka diingatkan untuk membataskan waktu penggunaan gajet. Mereka dinasihatkan untuk membahagikan masa secara bijak antara penggunaan internet dan melakukan hal-hal yang lain seperti membuat kerja sekolah, mengemas rumah dan sebagainya. Tambahan pula, peserta diminta untuk membuat penyelidikan tentang kesahihan sesebuah berita yang tidak pasti melalui laman sesawang Sebenarnya.my.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali