Kelas E-learning - Uptoten & Advokasi

24 Januari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Januari 2021, Pusat Internet Komuniti Melugu telah mengadakan kelas e-learning iaitu Uptoten kids online games dan advokasi. Kelas e-learning ini diadakan bertujuan untuk menggalakkan kreativiti dan penyelesaian masalah dalam permainan berbentuk pendidikan. Selain itu, pelajar turut dididik mengenai keselamatan penggunaan internet.

Dalam kelas ini, pelajar digalakkan untuk mencuba pelbagai jenis permainan yang terdapat dalam laman web Uptoten seperti puzzle, lagu kanak-kanak, mewarna gambar, memadankan gambar, mencari perbezaan antara 2 gambar , dan lain-lain lagi.

Selain itu, peserta kelas juga didedahkan dengan advokasi bertajuk penipuan internet dimana mereka diingatkan supaya memahami dan menyelidiki sesebuah maklumat yang diterima sebelum membuat pengesahan atau pembayaran secara talian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali