Kelas Basic ICT – Introduction to PC & Advokasi

16 Januari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Januari 2021, Pusat Internet Komuniti Melugu telah mengadakan Kelas Basic ICT dan Advokasi. Kelas ini diadakan bertujuan untuk menerangkan konsep asas tentang komputer dan memberikan takrifan perkakasan komputer serta untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan peserta mengenai penggunaan internet yang berhemah.

Dalam kelas ini, peserta mengulangkaji tentang takrifan komputer dan jenis-jenis perisian yang kerap digunakan seperti sistem pengoperasian iaitu Windows dan pemproses dokumen iaitu Microsoft. Peserta diterangkan bahawa terdapat 3 Windows yang digunakan pada masa kini iaitu Windows 7, 8 dan 10 yang mempunyai perbezaan dalam sistem operasi. Mereka ditunjukkan cara-cara untuk memeriksa sistem pengoperasian yang terdapat dalam komputer masing-masing.

Peserta telah dipaparkan gambar komponen-komponen perkakasan fizikal komputer dan diingatkan untuk menghafal setiap komponen komputer seperti kekunci, monitor, keyboard, tetikus, pencetak dan lain-lain untuk memastikan sesebuah komputer itu berfungsi dengan betul. Mereka turut diterangkan mengenai fungsi setiap komponen komputer.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali