Kelas Microsoft Office – Words & Advokasi

26 April 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 25 April 2021, Pusat Internet Komuniti Melugu telah mengadakan Kelas Microsoft Office – Words & advokasi. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memantapkan kemahiran pelajar menggunakan Microsoft Office Words dan mendidik mereka mengenai advokasi.

Dalam kelas ini, peserta kelas telah mengulangkaji mengenai Topik 7 iaitu cara memasukkan header dan footer sebagai kesinambungan daripada kelas yang telah disertai pada masa lepas. Mereka telah diminta untuk membuat latihan pemantapan Topik 7.

Para peserta kelas juga telah diterangkan mengenai Topik 8 iaitu memasukkan grafik ke dalam Microsoft Words, menggunakan format grafik dan memasukkan WordArts serta memilih bentuk wordArt yang diingini ke dalam teks. Mereka juga diminta untuk memuat turun gambar yang disukai daripada internet dan memasukkannya ke dalam words yang telah dibuka.

Selain itu, peserta turut didedahkan dengan advokasi keselamatan komputer dimana mereka ditekankan tentang kepentingan melindungi komputer atau gajet mereka. Mereka juga diminta untuk mencipta kata laluan yang selamat dan kukuh bagi melindungi gajet mereka daripada digodam oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Peserta kelas diterangkan cara untuk memeriksa kesahihan keselamatan alatan-alatan elektronik yang digunakan dengan menggunakan aplikasi Check Your Label.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali