Kelas Microsoft Office – Words & Advokasi
25 April 2021 | Aktiviti TerkiniPada 24 April 2021 yang lalu, Pusat Internet Komuniti Melugu telah mengadakan Kelas Microsoft Office – Words & advokasi. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memantapkan kemahiran pelajar menggunakan Microsoft Office Words dan mendidik mereka mengenai keselamatan penggunaan internet.
Dalam kelas ini, peserta diterangkan tentang Topik 6 iaitu memaparkan garisan table secara ikon, menambahkan baris/lajur dan meletakkan formula yang sesuai di table sebagai kesinambungan daripada kelas yang telah diadakan pada masa lepas. Mereka turut diberi masa untuk membuat latihan bagi memantapkan pemahaman mengenai topik ini.
Selain itu, mereka juga diajar mengenai Topik 7 iaitu header dan footer. Para peserta kelas diterangkan mengenai cara untuk mewujudkan header dan footer, memasukkan nombor halaman (page numbering) dan membuat perhentian tab. Peserta diminta untuk membuka halaman words yang baru untuk memasukkan header dan footer sebagai contoh supaya mereka lebih memahami topik tersebut.
Dalam kelas ini juga para peserta kelas turut didedahkan dengan advokasi penipuan kewangan dimana mereka diminta supaya berhati-hati semasa membuat transaksi dalam talian dan cara untuk mengenalpasti ciri-ciri penipun kewanga. Mereka turut diterangakn tentang Check Your Label dimana mereka digalakkan untuk memastikan bahawa peralatan elektronik yang dibeli mempunyai label MCMC/SKMM sebagai pengesahan bahawa alat-alat tersebut telah diperakui mengikut standarad-standard yang ditetapkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: