Kuiz Microsoft Office Excel - Topik 2

22 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Oktober 2021, Pusat Internet Komuniti Melugu telah mengadakan kuiz Microsoft Office Excel secara dalam talian menggunakan aplikasi Wordwall.net. Kuiz ini bertujuan untuk menguji pengetahuan dan kemahiran para peserta dalam penggunaan alatan Microsoft Excel.

Wordwall.net merupakan aplikasi yang digunakan untuk mencipta aktiviti berinteraktif dan boleh dicetak. Aplikasi ini mempunyai pelbagai jenis template seperti klasik, hutan, ruang angkasa, rancangan TV dan pelbagai lagi yang menyeronokkan bagi para peserta.

Peserta akan mengakses kuiz melalui link yang diberikan dan dikehendaki untuk mendaftar nama dan seterusnya menjawab soalan kuiz dalam tempoh masa yang diperuntukkan bagi setiap soalan. Markah akan dipaparkan setelah peserta kuiz menjawab setiap soalan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali