Kelas Microsoft Office – Words & Advokasi

18 April 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 18 April 2021, Pusat Internet Komuniti Melugu telah mengadakan Kelas Microsoft Office – Words & advokasi. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memantapkan kemahiran pelajar menggunakan Microsoft Office Words dan mendidik mereka mengenai keselamatan penggunaan internet.

Dalam kelas ini, pelajar diajar tentang Topik 3 iaitu cara untuk menambah paragraph baru, menambah ayat ke dalam teks, pembetulan salah eja, mencari dan mengganti teks serta menghapus (delete) teks. Selain itu, mereka juga mempelajari tentang Topik 4 iaitu mengalih teks, memotong dan menampal teks, memformat teks, membentuk senarai berbulet dan drop cap. Peserta turut diminta untuk membuat latihan berdasarkan apa yang telah dipelajari untuk memantapkan pemahaman dan kemahiran mereka mengenai topik yang telah dipelajari.

Di samping itu, peserta juga dididik dengan advokasi terlebih kongsi dimana mereka diingatkan supaya tidak terlalu teruja untuk berkongsi semua maklumat di media sosial kerana ia boleh mengundang padah kepada diri dan keluarga. Peserta juga diminta untuk mengesahkan maklumat atau berita yang diterima di media massa dengan melayari laman web Sebenarnya.my sebelum berkongsi berita berkenaan dengan orang lain.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali