Kelas Microsoft Office – Excel & Advokasi

6 Mac 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 5 Mac 2021, Pusat Internet Komuniti Melugu telah mengadakan Kelas Microsoft Office – Excel & advokasi. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memantapkan kemahiran pelajar menggunakan Microsoft Office Excel dan mendidik mereka mengenai keselamatan penggunaan internet.

Dalam kelas ini, pelajar diajar tentang Topik 4 iaitu cara memasukkan formula dan menggunakan formula ke dalam data. Mereka turut diajar mengenai Topik 5 iaitu cara untuk memberikan corak pada tajuk field (mewarna) dan menentukan angka perpuluhan (decimal places) untuk data nombor. Mereka diminta untuk membuat latihan bagi setiap topik yang telah diterangkan untuk menambah pemahaman mengenai topik berkenaan.

Dalam kelas ini juga para peserta kelas turut dididik dengan panggilan palsu dimana mereka diterangkan mengenai maksud, ciri-ciri dan langkah yang perlu diambil sekiranya menerima panggilan palsu daripada orang yang tidak dikenali. Selain itu, mereka juga diminta untuk menyemak kesahihan sesebuah peralatan eletronik menggunakan aplikasi Check Your Label. Mereka digalakkan untuk memeriksa kebenaran tentang sesebuah berita di media massa dengan melayari laman web Sebenarnya.my.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali