Kelas E-learning - eKelas dan Advokasi
18 Januari 2020 | Aktiviti TerkiniPada 17 Januari 2020, Pusat Internet Melugu telah mengadakan kelas E-learning iaitu eKelas, dan advokasi. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan portal Ekelas kepada pelajar baharu dan menggalakkan penyertaan pelajar dalam portal eKelas. Selain itu, kelas ini juga bertujuan untuk mendidik pelajar mengenai keselamatan penggunaan internet.
Pelajar yang baharu menyertai eKelas ini digalakkan untuk mendaftar butiran diri supaya memudahkan proses mengakses portal pada masa akan datang. Pelajar diterangkan bahawa portal eKelas mempunyai bahagian-bahagian yang berbeza mengikut keperluan pelajar seperti laman utama eKelas, nota, eCikgu, perbincangan, blog, ganjaran dan lain-lain lagi.
Selain itu, para peserta kelas telah didedahkan dengan slide Check Your Label dimana mereka digalakkan untuk membeli peralatan komunikasi yang mempunyai label MCMC/SKMM yang sah. Mereka dapat menyemak kesahihan label MCMC/SKMM dengan menggunakan aplikasi mudah alih Check Your Label atau melalui laman web yang disediakan. Mereka turut didedahkan dengan laman web Sebenarnya.my yang merupakan laman web untuk memeriksa kesahihan berita-berita yang tersebar di media sosial.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: