Kelas Microsoft Office – Words dan Advokasi

6 September 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 5 September 2020, Pusat Internet Melugu telah mengadakan kelas Microsoft Office iaitu Words dan Advokasi. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memantapkan kemahiran ICT dalam kalangan peserta dan mendedahkan mereka dengan advokasi. Peserta yang hadir telah diminta untuk membuka Word di menu Start di skrin komputer. Kemudian, mereka diterangkan mengenai alatan-alatan dan fungsi setiap alatan yang terdapat dalam Microsoft Office Words. Alatan-alatan ini melibatkan bar menu, bar alatan standard, bar pemformatan, pembaris dan kawasan teks.

Setiap alatan ini mengandungi fungsi yang berbeza mengikut kesesuaian pengguna Microsoft Office Words. Peserta turut diminta untuk membuat sedikit latihan untuk menguji pemahaman mereka dalam penggunaan Microsoft Office Words. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan Klik Dengan Bijak iaitu maklumat palsu yang merangkumi ciri-ciri maklumat palsu, punca tersebarnya maklumat palsu di internet, kesan dan cara-cara untuk mengatasi penyebaran maklumat palsu dalam kalangan pengguna internet. Mereka turut diterangkan tentang Check Your Label yang dapat mewujudkan kesedaran kepada peserta tentang pentingnya membeli peralatan komunikasi yang mempunyai label MCMC/SKMM yang sah. Tambahan pula, mereka juga digalakkan untuk memeriksa kesahihan berita yang diterima di portal Sebenarnya.my.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali