Microsoft Office – Words & Advokasi
20 Januari 2020 | Aktiviti TerkiniPada 19 Januari 2020, Pusat Internet Melugu telah mengadakan Kelas Microsoft Office – Words & advokasi. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memantapkan kemahiran pelajar menggunakan Microsoft Office Words dan mendidik mereka mengenai keselamatan penggunaan internet. Dalam kelas ini, pelajar diajar tentang Topik 3 iaitu cara untuk menambah paragraph baru, menambah ayat ke dalam teks, pembetulan salah eja, mencari dan mengganti teks serta menghapus (delete) teks. Selain itu, mereka juga mempelajari tentang Topik 4 iaitu mengalih teks, memotong dan menampal teks, memformat teks, membentuk senarai berbulet dan drop cap.
Peserta turut diminta untuk membuat latihan berdasarkan apa yang telah dipelajari untuk memantapkan pemahaman dan kemahiran mereka mengenai topik yang telah dipelajari. Tambahan pula, pelajar juga didedahkan dengan Klik Dengan Bijak iaitu sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri dalam membendung masalah penyalahgunaan internet dalam kalangan masyarakat. Program KDB memberi fokus kepada golongan sasaran iaitu kanak-kanak, remaja, ibu bapa dan penjaga yang lebih terdedah kepada jenayah siber dan penyalahgunaan dalam talian supaya mereka kekal selamat dan terjamin semasa melayari internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: